Saturday 27 October 2012

PRODUK BERASASKAN KAYU DARI MAHASISWA SARJANA MUDA TEKNOLOGI PERABOT

Pembuatan produk adalah salah satu cabang untuk yang mengikuti pengajian dalam Sarjana Muda Teknologi Perabot (FURTECH). Mahasiswa berpeluang untuk memilih pembuatan produk atau melakukan kajian ketika di Semester 5. Di sini tempat dimana mahasiswa berpeluang mengcungkil bakat yang terpendam :) dan juga saluran untuk berkreativiti :). Berikut secara rawak adalah sebahagian produk yang dihasilkan oleh mereka.

Model 3d haruslah dibuat terlebih dahulu

Proses Pembuatan Buaian

Buaian yang dah siap

Wood Bench

Another wood bench beserta platform serbaguna
*credit lebih pada model2 :)



Himpunan produk dari pelajar Semester 5 beserta Pensyarah
tersayang dan dikagumi :)




Thursday 11 October 2012

Syarat Kelayakan Untuk Memohon Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Teknologi Perabot)

Anda ingin memohon jurusan ini tetapi tidak pasti apakah kelayakan ia? Kami di sini sudi membantu. Check it out


Syarat Am Universiti
  • Lulus SPM / setaraf dengan baik.
  • Kepujian dalam Bahasa Melayu / Malaysia di peringkat SPM/ setaraf.
  • Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam Pengajian Am dan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00.
  • Lulus Matrikulasi KPM/ Asasi Sains UM/ Asasi Undang-Undang KPTM dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00.
  • Lulus Diploma dari IPT Lain yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia
  • Malaysian University English Test (MUET) Band 1

Syarat Khas 


Lepasan Diploma UiTM
2.00
Diploma Industri Perkayuan / Diploma yang berkaitan
Lepasan Diploma Institusi Pengajian Tinggi Lain Yang Diiktiraf Oleh Kerajaan Malaysia
3.00
Diploma bidang berkaitan dari Institusi Pengajian Tinggi lain
DAN
Lulus SPM / Setaraf dengan lima (5) kepujian termasuk Matematik / Matematik Tambahan dan Fizik serta lulus Bahasa Inggeris
2.75
Diploma bidang berkaitan dari Institusi Pengajian Tinggi lain dengan dua (2) tahun pengalaman bekerjadalam bidang berkaitan
DAN
Lulus SPM / Setaraf dengan lima (5) kepujian termasuk Matematik / Matematik Tambahan dan Fizik serta lulus Bahasa Inggeris
Lepasan Asasi UiTM / PASUM / Matrikulasi
2.00
Gred C (2.00) dalam tiga (3) mata pelajaran termasuk Chemistry / Engineering Chemistry dari mata pelajaran berikut:
  • Mathematics / Engineering Mathematics
  • Biology
  • Physics / Engineering Physics
DAN
Lulus SPM / Setaraf dengan kepujian dalam Matematik / Matematik Tambahan dan lulus Bahasa Inggeris
Lepasan STPM / Setaraf
             2.00

Gred B- (NGMP 2.67) dalam dua (2) mata pelajaran berikut:
  • Mathematics T / Further Mathematics T / Mathematics S
  • Biology
  • Chemistry
  • Physics
  • Ekonomi
DAN
Lulus SPM / Setaraf dengan kepujian dalam Matematik / Matematik Tambahan / Matematik Kertas Julai dan lulus Bahasa Inggeris


Info Mengenai Sarjana Muda Teknologi Perabot

Baru melayari dunia Google dan terjumpa satu website yang menarik. Di website tersebut memaparkan info mengenai jurusan ini. Oleh itu saya persembahkan pada anda semua apa yang saya jumpa :)


Sarjana Muda Sains (Kepujian) (Teknologi Perabot)


Nombor Rujukan:10822
Nama Kelayakan:Sarjana Muda Sains (Kepujian) (Teknologi Perabot)
Tarikh Diluluskan Kementerian:19-02-1999
Sesi Dimulakan:1999
Nama Institusi:Universiti Teknologi MARA (UiTM)
Alamat:

40450 Shah Alam
Selangor
No. Telefon:03-5544 3509
No. Faks:03-5544 3510
E-mel:-
Laman Web:www.uitm.edu.my
Peringkat Kelayakan:Sarjana Muda
Tahap MQF:6
Bidang NEC (National Education Code):543 (Materials (wood, paper, plastic, glass))
Bil. Kredit:115
Bil. Semester/Tahun:6/3


Sumber:

http://www.mqa.gov.my/mqr/paparipta.cfm?IDAkrKP=10822

Tuesday 9 October 2012

Sebuah Syarikat Yang Berjaya dari Bekas Mahasiswa Diploma Teknologi Perkayuan


KAYUMA INDUSTRY


Pemilik Kayuma Industry iaitu Mohamad Bin Awik adalah salah seorang bekas mahasiswa Diploma Teknologi Perkayuan dari Institut Teknologi Mara(ITM) Shah Alam. Tempoh pengajian ketika itu adalah 4 tahun. Namun kini, beliau sudah mampu untuk membangunkan sebuah syarikat yang berjaya dan dikenali ramai. Berikut merupakan produk berasaskan kayu berskala besar yang dihasilkan seperti gazebo, pergola, rumah kayu, anjung dan ukiran-ukiran.

Contoh gambar produk yang dihasilkan syarikat beliau:

Gazebo


Pergola


Rumah Kayu






Untuk menghubungi syarikat beliau, boleh merujuk pada info berikut:

Mohamad Bin Awik : 019-9890468


Nor Suziana Bt Abdul Hamid : 013-9188786Telefax : 09 – 2774659

Email : kayuma_industry@yahoo.com
Facebook : kayuma.industry@yahoo.com

Factory:
Lot 1968,Kg Peragap Kerdau,
28010 Temerloh,
Pahang Darul Makmur

Show Room:
Lot 626,Kg Bukit Batu Songsang,
28000 Temerloh,
Pahang Darul Makmur

Monday 8 October 2012

Aktiviti Menanam Anak Pokok Petai Belalang oleh Mahasiswa Sarjana Muda Teknologi Perabot



Pada 6 Oktober lepas iaitu Sabtu, ketika jam berdetik hampir 8.05 pagi, kami seramai 5 orang dari Semester 3 Jurusan Sarjana Muda Teknologi Perabot mengikuti Prof kami iaitu Prof Jamaluddin aka Prof Jam untuk menanam anak pokok Petai Belalang atau nama saintifik ia Leucaena leucocephala.

Untuk makluman, kami mempunyai ladang tapak untuk Petai Belalang seluas 2 saiz padang bola, boleh imagine tak? :-)

Kami cuma perlu mengorek lubang sedalam saiz tapak tangan manusia normal, kemudian meletakkan bahan penggalak akar dan diakhiri dengan menanam lembut anak pokok tersebut. Tak lupa haruslah dimulakan dengan Bismillah dahulu :)

Just nikmati a bit gambar yang sempat kami tangkap sebentar tadi.



Korek tanah dahulu sedalam 1 tapak tangan


Korek bia saiz petak 4 inci x 4 inci


Prof Jam meletakkan bahan penggalak akar untuk cepatkan penumbuhan akar.
untuk makluman, pokok petai belalang berakar serabut bukan tunjang

Anak pokok yang sudah ditanam, tapi ini seminggu lepas. yang kami tanam tadi lupe pula nak snap :P


Sekian, kalau ada aktiviti, kami akan post lagi.
Info berkenaan pokok Petai Belalang akan menyusul, wait for it :)

MOTO FURTECS


"THINKING GLOCAL INNOVATION"

1. ‘Thinking’ (berfikir)
  •  Program Teknologi Perabot memerlukan para pelajar untuk berfikir menggunakan cara 5W1H (what, why, who, where, when and how) serta berfikir kearah R&D (Research and Development). Cara berfikir ini membantu pelajar untuk memajukan persatuan dan mencapai matlamat persatuan.
2. ‘Glocal’ (glokal)
  •  Gabungan dua perkataan iaitu ‘Global’ dan ‘Local’. Ia membawa maksud para pelajar akan menguruskan persatuan ini ke arah aset sumber manusia di dalam negara juga antarabangsa.
3. ‘Innovation’ (inovasi)
  • Ahli-ahli akan mencari idea baru dalam usaha untuk menjadikan persatuan, program dan universiti menuju kelas bertaraf dunia.

OBJEKTIF PERSATUAN


1. Mewujudkan wakil utama dari kalangan mahasiswa dalam program AS227

2. Membuka ruang koorprat kepada mahasiswa

3. Melebarkan pengetahuan masyarakat terhadap program AS227

4. Mewujudkan jaringan industri dengan pihak berkaitan

MISI FURTECS

Bertindak sebagai sebuah badan kepimpinan mahasiswa yang menggerakkan mahasiswa program AS227 berlandaskan aspirasi universiti dalam membentuk mahasiswa yang kreatif, produktif dan dinamik serta berdaya saing

VISI FURTECS

Memelihara dan mempertingkatkan kebajikan pelajar program AS227 disamping menerapkan nilai-nilai murni, budaya ilmu dan daya saing bagi mengimbangi keperluan akademik dan ko-kurikulum pelajar serta mewujudkan integrasi antara mahasiswa dan masyarakat.

Friday 5 October 2012

Info Mengenai Logo FURTECS




NAMA:

1. ‘FURTECS’ adalah singkata bagi perkataan ‘Furniture Technology Society’ atau ‘Persatuan Teknologi Perabot’.

2. ‘FUR’ mewakili perkataan ‘Furniture’ (Perabot)

3. ‘TEC’ mewakili perkataan ‘Technology (Teknologi)

4. ‘S’ mewakili Perkataan ‘Society’ (Persatuan)


OBJEK:

1. ‘MESIN CNC’ (CNC Machine) – sebagai symbol teknologi dan inovasi.

2. ‘GERGAJI CAKERA’ (Disc Saw) – menunjukkan pemikiran yang tajam umpama mata gergaji.

3. ‘PENYEMBUR UDARA’ (Air Gun) – sebagai symbol pengembangan minda serta cara dan teknik berfikir.


WARNA:

1. COKLAT KEKUNINGAN – menunjukkan kemantapan dan keseimbangan.

2. HITAM – menggabungkan kekuatan, gaya dan kekemasan.

Pembukaan Blog FURTECS Untuk Kali Pertama :)

First post ni. Harap mencurah-curah idea di masa hadapan