Monday 8 October 2012

Aktiviti Menanam Anak Pokok Petai Belalang oleh Mahasiswa Sarjana Muda Teknologi Perabot



Pada 6 Oktober lepas iaitu Sabtu, ketika jam berdetik hampir 8.05 pagi, kami seramai 5 orang dari Semester 3 Jurusan Sarjana Muda Teknologi Perabot mengikuti Prof kami iaitu Prof Jamaluddin aka Prof Jam untuk menanam anak pokok Petai Belalang atau nama saintifik ia Leucaena leucocephala.

Untuk makluman, kami mempunyai ladang tapak untuk Petai Belalang seluas 2 saiz padang bola, boleh imagine tak? :-)

Kami cuma perlu mengorek lubang sedalam saiz tapak tangan manusia normal, kemudian meletakkan bahan penggalak akar dan diakhiri dengan menanam lembut anak pokok tersebut. Tak lupa haruslah dimulakan dengan Bismillah dahulu :)

Just nikmati a bit gambar yang sempat kami tangkap sebentar tadi.



Korek tanah dahulu sedalam 1 tapak tangan


Korek bia saiz petak 4 inci x 4 inci


Prof Jam meletakkan bahan penggalak akar untuk cepatkan penumbuhan akar.
untuk makluman, pokok petai belalang berakar serabut bukan tunjang

Anak pokok yang sudah ditanam, tapi ini seminggu lepas. yang kami tanam tadi lupe pula nak snap :P


Sekian, kalau ada aktiviti, kami akan post lagi.
Info berkenaan pokok Petai Belalang akan menyusul, wait for it :)

No comments:

Post a Comment